Monday, 15 April 2013

Cempaka Telur

Cempaka Telur
Tak pasti nama cempaka ini cempaka telur atau cempaka pisang. Saya beli dua pokok yang mempunyai ciri-ciri yang sama dari dua nurseri yang berbeza. Satu tuan nurseri memanggil cempaka telur, yang nurseri satu lagi memanggil cempaka pisang. Bila berbunga nampaknya sama. Tak sempat untuk ambil gambar kerana bungannya telahpun gugur.

Mahkota Dewa

Mahkota Dewa
Muncul pucuk-pucuk baru selepas pucuk utama dipangkas..juga ditanam di dalam pasu. Tak tahu kene tunggu berapa lagi untuk melihat hasilnya.

Sagu Belanda

Sagu Belanda
Juga dikatakan sebagai penawar demam panas. Tapi yang selalu nampak dilaman orang ianya sekadar dijadikan pokok hiasan sahaja. Saya pun sama.......

Pegaga

Pegaga
Tak pernah ambil untuk dibuat ulam pun pegaga ini kerana daunnya nampak seakan keras. Tetapi menurut orang yang pernah makan pegaga ini, daunnya dikatakan rangup. Buat masa ini sekadar dijadikan hiasan sahaja di kebun mini

Pecah Beling

Pecah Beling
Herba ini amat dicari terutama bagi pengidap batu karang.

Pokok Bismillah

Pokok Bismillah
Kenal pokok ni melalui staf di office..katanya kalau orang ada penyakit darah tinggi cuma petik daunnya dan rendam ke dalam air sebelum diminum. Belum pernah cuba. Tapi kalau ke nurseri memang banyak dijual pokok ini untuk tujuan perubatan.

Sunday, 14 April 2013

Cili Ungu

Cili Ungu
Pokok cili ungu ini amat mudah tumbuh dan tak perlu penjagaan khusus. Selain boleh dimakan ianya juga cantik untuk dijadikan pokok hiasan dengan warna cilinya yang ungu terang dan bertukar menjadi merah apabila masak.

Kesing dan Meswei

Meswei dan Kesing
Yang disebelah kiri adalah meswei dan disebelah kanan adalah kesing. Menurut penjual herba ini meswei digunakan untuk mengubati demam sementara kesing yang daunnya berbau busuk seperti pijat digunakan untuk masakan.

Sambung Nyawa

Sambung Nyawa
Banyak khasiatnya terutama bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi. Daunnya dibuat ulam tetapi tidak boleh diambil secara berlebihan.

Mas Cotek

Mas Cotek
Yang sebelah kiri berdaun lebar adalah mas cotek betina sementara yang sebelah kanan adalah mas cotek jantan. Pokok ini nampak subur bila tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Memerlukan sedikit naungan. Mudah dibiakkan melalui keratan batang.

Pokok Limau Nipis

Pokok Limau Nipis
Baru je beli pokok ni...masih dalam polibag lagi. Masih mencari tempat yang sesuai untuk ditanam ke tanah.

Pokok Kari

Pokok Kari
Juga diletakkan berhampiran pintu dapur. Tak perlu pakai selipar untuk turun ke tanah. Buka pintu dan terus petik. Tetapi amat jarang digunakan. Sebab tu pucuknya selalu di cantas bagi mengelakkan ianya terlalu tinggi.

Herba Inggeris

Herba Inggeris
Hidup segan mati tak mahu.....tak pasti berapa lama boleh bertahan herba inggeris ni..ada dill, sage,rosemary, pudina dan celery

Sembong

Sembong
Benarkah pokok ini namanya pokok sembong? saya pun kurang pasti kerana apabila dibuat rujukan seperti ada kelainan. Mengikut penjual pokok ini ia dinamakan pokok herba sembong memandangkan daunnya boleh digunakan untuk membalut tungku terutama bagi mereka yang lepas bersalin.

Aloe Vera

Aloe Vera
Ada dua jenis spesis aloe vera kat situ. Satu dari jenis yang daunnya besar dan disebelahnya dalam pasu yang putih adalah dari jenis daunnya sedikit kecil dan warnanya pun hijau muda. Yang dalam pasu putih cukup cepat membiak.

Ros jepun

Ros Jepun
Ros jepun amat memerlukan cahaya matahari secara terus. Tempat yang diletakkan agak tidak strategik kerana terlindung dari cahaya matahari pagi. Pokok tidak galak berbunga. Walaupun begitu masih menjadi penyeri kepada kebun miniku.

Kesum

Kesum
Ditanam berhampiran punca air. Makin bertambah subur bila tiba musim hujan. Makin dikerat rantingnya makin cepat ianya merimbun.

Daun sup

Daun sup
Walaupun jarang digunakan, tetapi bila tiba-tiba perlu memang cukup membantu. Mudah ditanam dan dibiakkan. Rendam sehari dalam bekas berisi air atau beserta serbuk penggalak akar dan terus tanam ke tanah.

Pokok Limau Kasturi

Pokok Limau Kasturi
Bunganya amat wangi. Cukup mendamaikan. Tujuh tahun usia pokok ini dalam pasu tetapi buahnya sentiasa lebat dan tak putus-putus, Dibelakang pokok limau kasturi adalah pokok sireh dah kacang botol.

Cili Padi

Cili Padi
Ditanam berhampiran pokok terung. Buahnya agak lebat. Daun terung yang lebar memberi naungan kepada pokok cili dari cuaca panas yang terik sebelum ini.

Betik

Betik
Baru belajar berbuah. Disemai melalui biji benih yang dibeli. Percambahan yang bernas. Pokok betik yang ditanam sebelum ini mengalami reput batang. Tidak sempat menikmati hasilnya. Harap kali ini berjaya.

Kucai

Kucai
Diletakan betul-betul dihadapan pintu dapur. Senang dicapai apabila diperlukan.Sebelum ini pernah menyemai melalui biji tapi sampai ke sudah tidak muncul-muncul. Kebetulan terjumpa anak pokok dipasar tani dan terus beli. Subur dan rumpunnya makin padat.

Cili

cili
Tidak pasti baka apakah cili ini. Mungkin kulai king. Buahnya lebat dan panjang-panjang. Tiada baja khusus diberi. Sekadar siraman air basuhan beras dan juga basuhan ikan.

Terung Panjang Ungu

Terung Panjang

Selain herba, sayuran seperti terung juga turut ditanam. Ruang yang ada terhad. Pokok-pokok terpaksa berhimpit.

Jeruju

Jeruju
Berhati-hati dengan pokok ini kerana gerigi pada daunnya yang tajam. Dikatakan daunnya yang diramas setelah dibuang gerigi yang tajam dikatakan menjadi penawar kepada masalah keguguran rambut.

Semambu


Memandangkan kawasan yang agak terhad pokok semambu dibiarkan hidup di dalam polibag sahaja. Namun ianya tetap subur dan rantingnya sentiasa dicantas bagi mengelakkan terlalu tinggi.

Saturday, 13 April 2013

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam

Kunyit Hitam selalu dikaitkan dengan nilai mistik. Saje ditanam untuk menambah koleksi herba di kebun mini.

Cekur Hitam

Cekur Hitam
Ini adalah salah satu koleksi cekur yang ku tanam. Warnanya hijau gelap dan jalur uratnya agak terang. Pada helaian daun yang bahagian bawah nampak seolah berbatik. Sebab itu ada yang memanggil cekur ini dengan nama cekur hitam atau cekur batik