Mengikut penjual pokok herba yang ku beli, beliau memaklumkan bahawa ada 3 jenis bonglai iaitu bonglai hitam, kuning dan putih. Bonglai hitam pokoknya seperti lengkuas. Bonglai putih dan kuning pula daunnya sedikit kecil berbanding bonglai hitam.
Pokok ini dikenali dengan nama ketumbar jawa. Baunya seperti daun ketumbar biasa. Menurut penjual pokok ini, daunnya boleh digunakan dalam masakan seperti ditaburkan pada sup dan sebagainya.